PENDAHULUAN
Israk ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.
MATLAMAT
Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.
RASIONAL
Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Israk dan Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF
- Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.
- Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah.
- Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab.
- Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat).
- Semua murid-murid beragama Islam
Tarikh : 13 April 2018 bersamaan 26 Rejab 1439H
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi -10.00 pagi
Tempat : Surau As-Syafie
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perarakan Israk Mikraj, Persembahan Bercerita, Persembahan Nasyid, Ceramah Israk Mikraj (disampaikan oleh Ustaz Munir Abdul Nain), Pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan kuiz israk mikraj bagi tahap 2.