Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Bum-Bum. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti kami.

Dasar Pengurusan

KEHADIRAN 
  1. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu belajar. Kehadiran ke sekolah dan balik hendaklah dicatat dalam kad Kedatangan setiap hari bertugas dan diketik pada kad perakam waktu. 
  2. Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab yang wajar kepada pihak sekolah secepat mungkin. 
  3. Jadual waktu untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta jadual guru ganti mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 
  4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 
  5. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan tepat pada masanya. 
  6. Semua guru juga diwajibkan menghadiri sebarang majlis atau acara sekolah samada rasmi atau tidak rasmi. 

KELUAR WAKTU MENGAJAR 
  1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali ianya suatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak pentadbir. 
  2. Guru dikehendaki mencatat atau mengisi buku rekod keluar setelah mendapat kebenaran dari pihak pentadbir. 
  3. Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah (kursus, mesyuarat dan sebagainya) melalui guru relief atau Guru Penolong Kanan. 

PERHIMPUNAN SEKOLAH 
  1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah tepat pada masanya. 
  2. Guru hendaklah memakai pakaian yang lengkap serta memakai tanda nama. 
  3. Guru bertugas dikehendaki memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya dan tentatif perhimpunan berjalan lancar. 
  4. Semua guru diminta menunjukkan perlakuan yang baik kerana pada waktu itu tumpuan pelajar adalah pada guru yang dianggap sebagai role model. 

BILIK GURU 
  1. Kebersihan dan keselamatan peralatan di dalam bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. 
  2. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru kecuali atas urusan yang tidak dapat dielakkan. 
  3. Guru sewajarnya mewujudkan perasaan kekitaan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya tidak menyinggung pihak yang lain. 

BILIK-BILIK KHAS 
  1. Guru-guru yang menguruskan bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan bilik tersebut. 
  2. Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik ini kecuali dengan kehadiran guru. 
  3. Guru yang menggunakan bilik-bilik ini mesti memastikan bilik tersebut berada dalam keadaan kemas sebelum meninggalkannya. 
  4. Bilik-bilik ini adalah Kawasan Larangan Merokok dan Vape 

JADUAL KEDATANGAN 
  1. Guru Kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 
  2. Nama pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari pada waktu pertama. 
  3. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Guru tidak dibenarkan membawa balik buku Jadual Kedatangan Pelajar. 
  4. Guru kelas mesti menghubungi ibu bapa jika pelajar tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam seminggu. 
  5. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK HEM. 

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
  1. Guru hendaklah melaksanakan PDP mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab. 
  2. Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya. 
  3. Merancang PDP yang berkesan sebelum masuk ke kelas. Buku Persediaan Mengajar perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas. 
  4. Guru perlu prihatin dan peka dengan keadaan pelajar. Guru hendaklah menegur pelajar yang tidak menumpukan perhatian atau tidak masuk/lewat ke kelas. 
  5. Semua butiran dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti. Semua guru wajib menyerahkan buku rekod pada setiap hujung minggu atau pagi Isnin untuk ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan. 
  6. Guru tidak boleh duduk sepanjang masa waktu mengajar. 
  7. Setiap guru matapelajaran hendaklah memastikan sekurang-kurangnya pencapian minima 50% lulus tercapai dan peningkatan 3% setiap mata pelajaran dari pencapaian tahun sebelumnya. 
  8. Guru matapelajaran hendaklah memastikan Standard Akademik yang ditetapkan oleh Panitia Matapelajaran masing-masing dilaksanakan dengan berkesan. 
  9. Guru hendaklah melaksanakan Audit Akademik bagi mengenalpasti pencapaian murid dari semasa ke semasa dan menentukan program peningkatan / penambahbaikkan yang perlu dibuat. 

TUGAS 
  1. Guru yang diberi tugas berkaitan kurikulum hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 
  2. Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti dan mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar sebelum dilaksanakan. 
  3. Semua pembelian mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar. 
  4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, guru terbabit mesti mematuhinya dan tidak boleh mengarahkan orang lain untuk menggantikannya tanpa pengetahuan Guru Besar. 

PAKAIAN 
  1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profession keguruan. 
  2. Pakaian menjolok mata dan ketat tidak dibenarkan. 
  3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai. 
  4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 

CUTI 

1. Cuti Rehat atau Cuti Penggal. 

Mengikut Pekeliling KPM, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat, tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun itu (Perintah Am 50 (a) Bab C) untuk menjalankan tugas selain mengajar. 

2. Cuti Sakit 

Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit. Ketua Jabatan boleh beri cuti sakit apabila seseorang pegawi itu disahkan tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh PPK / LP / Panel Doktor. 

Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi). 

3. Cuti Tanpa Gaji 

Mengikut Perintah Am Bab C, CTG boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. PAC 14 

(b) – Urusan sendiri di dalam Malaysia atau PAC 14 (c) – Urusan sendiri di luar Malaysia. Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN). Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap- tiap genap tahun perkhidmatan. Had maksimum 360 hari. Syarat minimum layak memohon CTG ialah 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan. 

Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti – jika sesorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi suatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munsabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu. 

4. Cuti Rehat Khas 

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 – kadarnya 7 hari dalam satu tahun kelendar. Guru Besar boleh meluluskan CRK kepada PPP yang berkenaan asalkan tidak menganggu atau menggugat pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. 
Comments
0 Comments

0 komen: