FASAL 1 : HARI PERSEKOLAHAN
- Sekolah dibuka lima hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti am.
- Pada hari-hari yang dikehendaki sama ada pertukaran atau mengganti.
FASAL 2 : MASA PERSEKOLAHAN
Setiap hari sesi persekolahan bermula pada 7.10 pagi sehingga 1.00 petang.
FASAL 3 : KEHADIRAN MURID
- Semua murid dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada jam 6.45 pagi .
- Murid yang bertugas hendaklah sampai lebih awal daripada masa yang tersebut.
FASAL 4 : TIDAK HADIR
- Murid yang tidak hadir disebabkan sakit, kemalangan atau sebagainya hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui rakan sekolah.
- Murid yang tidak hadir juga dimestikan membawa surat pengakuan dari doktor atau ibubapa apabila hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
FASAL 5 : CUTI
- Cuti sakit yang diberi oleh doktor hendaklah dipatuhi akan arahannya.
- Semua jenis cuti lain, tidak boleh diambil sebelum mendapat persetujuan Guru Besar / wakilnya.
- Cuti tidak dibenarkan melainkan atas permintaan ibubapa/ penjaga kerana kematian atau kemalangan diri Murid atau keluarga.
FASAL 6 : PERHIMPUNAN KHAS / MINGGUAN
- Perhimpunan mingguan diadakan setiap hari Isnin mulai jam 7.10 hingga 7.40 pagi. Acaranya ialah menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah dan sebuah lagu motivasi. Kemudian penerangan dan arahan daripada guru bertugas mingguan dan amanat daripada Guru Besar atau wakilnya.
- Peraturan menyanyikan lagu tersebut disertai dengan menaikkan atau mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri hendaklah dijalankan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/75 yang bertarikh 08.09.1975.
- Semua murid dan guru dikehendaki bersama-sama di perhimpunan hari Ahad dan semua guru akan mengajar pada waktu pertama sesi PDP.
FASAL 7 : PERHIMPUNAN HARIAN
- Perhimpunan harian diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis.
- Acaranya ialah peringatan atau penerangan daripada guru bertugas mingguan, pemeriksaan kebersihan diri dan kehadiran Murid.
- Semua murid dan guru bertugas dikehendaki bersama-sama di perhimpunan
FASAL 8 : TUGAS MURID
- Tiap-tiap murid yang telah diberi tugas masing-masing seperti Ketua Darjah, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan sebagainya adalah dipertanggungjawabkan menjalankan kerja masing- masing yang telah ditetapkan oleh guru dengan jujur dan amanah serta dedikasi.
- Seseorang murid yang tidak menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan sempurna, Guru Besar atau guru bertugas berhak menghukum dengan membuat apa jua kerja yang difikiran munasabah.
FASAL 9 : PAKAIAN
- Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan – Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/71 bertarikh 07.01.1976.
- Pakaian mestilah lengkap, bersih dan kemas.
FASAL 10 : KEBERSIHAN DIRI
- Rambut: Hendaklah pendek dan sesuai dengan kehendak Pek. Ikhtisas 2/76 bertarikh 02.01.1976.
- Kulit : Seluruh badan hendaklah bersih daripada daki
- Gigi : Mestilah bersih dan digosok setiap hari
- Kuku : Mestilah sentiasa pendik dan bersih.
FASAL 11 : KESIHATAN
- Murid hendaklah menjaga kesihatan masing-masing. Elakan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit atau mudarat.
- Murid yang berasa kurang sihat hendaklah segera memberitahu Guru Kelas untuk mendapatkan nasihat atau dibawa ke klinik yang berhampiran untuk rawatan.
FASAL 12 : KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH / BILIK DARJAH
- Murid hendaklah menjaga kebersihan sekolah sepanjang hari dan masa.
- Adalah menjadi kewajiban Murid memungut sampah-sarap atau sebagainya yang bersepah di dalam bilik darjah atau di kawasan sekolah. Gunakan tong sampah yang disediakan dan buang muatan di dalamnya je kawasan pelupusan sampah.
- Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur dengan rapi serta menarik dan ceria.
- Murid hendaklah menggunakan tandas dan bilik air dengan betul dan menjaga kebersihannya. Peraturan bilik tandas hendaklah dipatuhi. Jimatkan penggunaan air dan elektrik.
- Dilarang menconteng dengan kapur, pensel atau sebagainya di dinding, tembok, papan hitam dan di kenderaan guru atau pelawat. Jika didapati Murid melakukannya, Guru Besar atau wakilnya boleh menghukum murid tersebu dengan hukuman yang setimpal dan wajar.
FASAL 13 : BUKU TEKS
- Semua buku-buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul kulitnya.
- Jika didapati buku SPBT koyak atau hilang, murid itu hendaklah menggantikannya dengan buku yang serupa atau senilai dengannya.
- Semua buku pinjaman hendaklah dikembalikan kepada guru darjah apabila diminta atau sekiranya hendak bertukar atau berhenti sekolah.
- Jika gagal memulangkan buku-bukupinjaman ini, maka ibu bapa / penjaga diwajibkan menggantkan buku yang serupa atau jumlah harga buku tersebut.
- Syarat-syarat pada pinjaman SPBT dalam lampiran yang disediakan hendaklah dipatuhi.
FASAL 14 : BUKU LATIHAN / RAMPAIAN
- Semua murid hendaklah mempunyai buku latihan / rampaian yang ditentukan oleh pihak sekolah.
- Sesebuah buku hendaklah dikhaskan untuk setiap mata pelajaran dan tidak dicampur aduk.
- Buku-buku hendaklah bersih, tidak koyak atau dilangkau bila menulisnya. Buku latihan yang sudah penuh hendaklah disimpan untuk rujukan.
FASAL 15 : PERGERAKAN MURID
- Waktu masuk / keluar dari bilik darjah / kawasan sekolah hendaklah berbaris terlebih dahulu dengan keadaan senyap.
- Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah waktu belajar dan dilarang masuk ke bilik darjah waktu rehat kecuali mustahak dengan mendapat kebenaran guru.
- Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
FASAL 16 : ISYARAT BUNYI LOCENG
- Semua murid hendaklah faham isyarat-isyarat bila loceng dibunyikan dan dikehendaki bertindak dengan segera.
- Murid dikehendaki berbaris dan mematuhi arahan guru serta berada di tempat yang telah ditetapkan.
FASAL 17 : MASA CUTI SEKOLAH
- Semasa cuti sekolah, murid-murid hendaklah mengulangkaji pelajaran.
- Buat kerja yang berfaedah seperti menolong ibu bapa atau penjaga dan sebagainya.
- Melawat ke tempat-tempat bersejarah atau yang berkaitan dengan pelajaran bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Lawatan-lawatan ini perlu diiringi oleh ibu bapa atau penjaga atau wakilnya.
FASAL 18 : KEMUDAHAN SEKOLAH
- Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah dengan kebenaran Guru Besar / guru-guru.
- Kemudahan sekolah hendaklah dijaga dengan baik. Setelah digunakan kemudahan itu, hendaklah dipulangkan kepada guru yang berkenaan dan disimpan ditempat yang dikhaskan.
FASAL 19 : PERPUSTAKAAN
- Setiap murid digalakan dan berhak membaca buku samada di sudut bacaan di dalam bilik darjah ataupun perpustakaan sekolah.
- Murid hendaklah mematuhi peratuan yang telah ditetapkan
FASAL 20 : AKHLAK
- Murid hendaklah sentiasa berkelakuan baik serta berbudi bahasa, bersopan santun samada di alam atau di luar sekolah.
- Murid hendaklah sentiasa jujur, ikhlas dan amanah.
- Murid hendaklah saling menghormati, bertimbangrasa dan mengasihani sesame manusia.
- Murid hendaklah menjauhkan diri daripada budak-budakjahat dan nakal.
- Murid hendaklah mempunyai nilai belas kasihan kepada makhluk Tuhan seperti haiwan.
- Ditegah bergaduh dan bertengkar samada di dalam bilik darjah atau di mana-mana pun.
- Ditegah membuat bising atau berjalan-jalan dalam bilik darjah tanpa kebenaran guru.
- Ditegah daripada melakukan peras ugut samada di dalam atau di luar bilik darjah ataupun di luar sekolah.
- Murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan guru dan pengawas yang telah diberi kuasa pada hal-hal yang tertentu.
- Ditegah meminjam barang-barang kawan tanpa izin.
- Barang-barang yang dijumpai bukan kepunyaan sendiri, walau di mana-mana tempat hendaklah dipulangkan kepada peiliknya atau diserahkan kepada guru supaya dapat diserahkan kembali kepada pemilik sebenar.
- Murid mestilah mengamalkan sikap berjimat-cermat.
- Murid dilarang menghisap rokok, ganja, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Jika didapati bersalah, murid akan dikenakan tindakan disiplin berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas 6A/1975 yang bertarikh 05.09.1975.
- Murid yang bertumbuk, ingkar, membawa atau menonton video lucah, pecah amanah, mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, memaki atau sebagainya juga akan diambil tindakan disiplin seperti di atas (m). segala kesalahan akan direkodkan ke dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) yang dilancarkan pada tahun 1997.
FASAL 21 : YURAN
- Yuran khas persekolahan perlu dijelaskan mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Lain-lain jenis bayaran sekiranya ditetapkan oleh pihak sekolah hendaklah dijelaskan.
FASAL 22 : KESELAMATAN
- Murid dikehendaki menjaga keselamatan diri ketika bermain, menunggang basikal, bersukan, berjalan kaki dan ketika mengikuti subjek Pendidikan Jasmani.
- Murid dilarang membawa barang-barang tajam atau apa jua bentuk yang berupa senjata yang boleh merbahayakan diri sendiri atau orang lain.
- Murid perempuan ditegah daripada memakai barang kemas semasa hadir ke sekolah.
FASAL 23 : PELAWAT LUAR
- Ibu bapa atau penjaga mestilah berjumpa dengan Guru Besar atau wakilnya sebelum mengambil atau berjumpa anak mereka atas perkara-perkara penting.
- Ibu bapa hendaklah berurusan di pejabat SK Sayong Pinang.
FASAL 24 : PERKARA-PERKARA AM
- Murid dilarang membawa makanan ringan dari luar kawasan sekolah. Makanan telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui program (RMT).
- Murid tidak dibenarkan menjual makanan ringan di dalam kawasan sekolah
- Murid hendaklah menjaga tatatertib semasa makan di ruang yang telah disediakan.
- Dilarang membawa haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan sebagainya termasuk haiwan berbisa ke sekolah.