Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Bum-Bum. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti kami.

Dasar Kokurikulum

Setiap pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai;

a) Satu Pasukan Unit Uniform
b) Satu Persatuan Akademik atau Bukan Akademik.
c) Satu jenis permainan atau sukan anjuran sekolah, daerah dan negeri.
d) Memiliki pakaian Unit Uniform dan memakainya pada setiap hari Rabu.
e) Menghadiri Perhimpunan Bulanan Kokurikulum/1M1S iaitu pada setiap hari Selasa dan Rabu


POLISI SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
  1. Ahli-ahli hendaklah hadir tepat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
  2. Ahli-ahli dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan sesuai di setiap kali perjumpaan.
  3. Kehadiran akan dicatat di setiap kali perjumpaan atau aktiviti dijalankan.
  4. Disiplin dan keselamatan ahli-ahli akan sentiasa di awasi semasa perjumpaan.
  5. Setiap aktiviti perlu di catatkan di dalam buku laporan aktiviti yang disediakan.
  6. Ahli-ahli mestilah berada dalam kawasan sekolah semasa aktiviti dijalankan.
  7. Setiap ahli tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa aktviti dijalankan.

STATUS PELAKSANAAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. (Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kegagalan atau keenggananan melaksanakan kegiata kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempot tidak melebihi tiga bulan atau ke dua-duanya. (Rujuk subseksyen 135 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan jika kesalahn itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta in I berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (Rujuk Subseksyen 135 (2) Akta 550)
Comments
0 Comments

0 komen: