- Mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan raya dalam kalangan pelajar semasa balik dari sekolah.
- Mengelakkan berlakunya kemalangan ketika berada di sekolah dan di asrama.
- Kehadiran pelajar dapat ditingkatkan. Menyediakan surat panggilan / amaran kepada ibu bapa untuk membincangkan berkenaan masalah ketidakhadiran ke sekolah.
- Memastikan semua pelajar mendapat bantuan daripada Yayasan Sabah. Pelajar yang layak mendapat bantuan E-kasih, KWAPM, Zakat dan bantuan-bantuan daripada pihak lain. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk proses penyerahan.
- Potensi murid dikembangkan ke tahap optimum.
- Mengadakan kursus kepimpinan di peringkat sekolah. Tumpuan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas, Pengawas PSS, Pengawas bilik SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya.
- Mengurangkan ponteng kelas. Dicadangkan pelajar mendapat khidmat daripada Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK ) di sekolah.
- Sasaran kepada pelajar untuk didedahkan dengan kebersihan dan mengelakkan kes-kes keracunan makanan dan kemalangan berlaku.
- Program menghapuskan pembiakan Nyamuk Aedes Tiada Aedes Tiada Denggi.
- Peraturan melarang sama sekali binatang peliharaan atau binatang liar berada di kawasan sekolah. Menghapuskan binatang peliharaan atau binatang liar untuk menjamin keselamatan dan kesihatan kakitangan dan pelajar.
- Berusaha mencari tempat atau apa cara yang terbaik untuk pembuangan dan pembakaran sampah. Memperbaiki mutu perkhidmatan dan mengelakkan teguran.
- Keceriaan dan landskap sekolah secara keseluruhannya dapat ditingkatkan. Menambah, mengubah dan memperbaharui mural, slogan, kata-kata motivasi dan sebagainya di dinding-dinding sekolah.
- Sesuatu perkara yang tidak dijangka. Bergantung kepada arahan semasa dan surat- surat pekeliling.
0 Comments
Langgan:
Catatan (Atom)