Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Bum-Bum. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti kami.

Sabtu, 12 April, 2025

Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Pusat SK Bum Bum Semporna dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :

  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik dan sempurna di sekolah ini.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Membariskan guru-guru yang penuh dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab., produktif dan berwawasan.
  • Memastikan semua pelajar yang belajar di sekolah ini menerima pendidikan yang mantap, berkesan dan berpotensi menjadi pelajar yang cemerlang.
  • Memastikan semua pelajar akan menyambung pelajarannya ke sekolah menengah.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat dan cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
Comments
0 Comments

0 komen: