Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Bum-Bum. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti kami.

Rabu, Mac 28, 2018

Kursus Kepimpinan Murid (Pemimpin Muda Sekolah)

PENGENALAN

Program ini merupakan salah satu program tahunan sekolah untuk membentuk murid-murid yang berketerampilan dan memiliki daya kepimpinan yang tinggi. Senario semasa memperlihatkan bahawa pentingnya menyemai sikap berdisiplin di dalam diri setiap murid untuk mencapai kejayaan sama ada di dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, bimbingan dan tunjuk ajar harus diterapkan di dalam jiwa sanubari setiap murid bermula daripada wakil-wakil pelajar yang telah dilantik menjadi pemimpin pelajar di sekolah. Melalui program seumpama ini, pelajar-pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan berkaitan kepemimpinan. Selain itu, bakat dan jiwa kepimpinan akan dapat dibentuk melalui latihan berterusan dalam program ini. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Unit PPSS & Unit SPBT di Sekolah Pusat SK Bum Bum telah merancang dan akan melaksanakan  satu program yang bermakna di dalam usaha membentuk murid-murid yang mempunyai akhlak, sahsiah dan disiplin yang tinggi untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


MOTO

  • “KHIDMAT BAKTI, MEMBENTUK JATI DIRI TERPUJI”

MATLAMAT

Memberi pendedahan dan melatih pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Pengawas Pusat Sumber. untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pemimpin di peringkat sekolah dengan lebih efektif dan holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


OBJEKTIF

i.             Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi seorang yang peka, bertimbangrasa, rela dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih sempurna.
ii.            Membina keyakinan diri Pengawas, ketua kelas, Pengawas Psat Sumber, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sebagai khidmat sokongan dalam mengurangkan salah laku murid dan membantu guru-guru dalam membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, bersahsiah dan berakhlak mulia.
iii.           Membolehka pemimpin muda ini mengetahui tugas-tugas dan peranan mereka yang dilantik sebagai pemimpin dalam unit masing-masing.
iv.           Melatih pemimpin muda dalam kemahiran asas komunikasi yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan.


SASARAN

  • Pengawas Sekolah
  • Ketua dan Penolong Ketua Kelas
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas SPBT
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah

PERLAKSANAAN

Tarikh            :   12 & 14 FEB. 2018
Hari               :   Isnin & Rabu


PENUTUP

Diharap melalui program ini diharap pemimpin-pemimpin pelajar yang telah dipilih dapat menunjukkan motivasi dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah digariskan sebagai seorang pemimpin pelajar. Dalam masa yang sama pemimpin pelajar ini juga diharap dapat menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain dalam usaha membentuk budaya sekolah yang muridnya menitikberatkan disiplin diri yang tinggi.























    
Comments
0 Comments

0 komen: