PENGENALAN
Guru Penyayang merupakan salah satu program yang dirancang khas di setiap sekolah untuk menimbulkan budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah. Menyedari hakikat bahawa ilmu yang ditimba akan lebih mudah diperolehi sekiranya wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah terutamanya di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Maka, Program Guru Penyayang telah diperkenalkan dan wajib dilaksanakan di setiap sekolah.
Pelaksanaan ‘Guru Penyayang’ adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna ‘Guru Penyayang’ adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
OBJEKTIF
1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
4. Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah
5. Mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah
PELAKSANAAN PROGRAM
Program akan dijalankan sepanjang tempoh persekolahan bermula daripada tarih pelancaran program.
TARIKH PELANCARAN, HARI, TEMPAT & MASA
HARI : 05 FEBRUARI 2018 (ISNIN)
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN DEWAN SEKOLAH
MASA :7.00 PAGI – 7.40 PAGI