Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Bum-Bum. Semoga anda akan mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai aktiviti kami.

Sabtu, Januari 27, 2018

Kejohanan Takraw Peringkat Daerah Semporna

Pada 24 - 26 Januari 2018, telah berlangsungnya kejohanan sepak takraw peringkat daerah Semporna bagi tahun 2018. Sekolah Pusat SK Bum-Bum telah menghantar wakil bagi mengharungi cabaran kejohanan ini. Walaubagaimanapun, sekolah kami hanya mampu bertahan sehingga peringkat kalah mati sahaja setelah tewas kepada team SK Simunul. Meskipun kalah, semangat juang yang cukup tinggi telah dipamerkan oleh wakil sekolah kami. Tahniah atas usaha dan kesungguhan. InsyaAllah akan lebih berusaha di masa akan datang.

Peserta Takraw SPSKBBS

1. Azroy Bin Jenul
2. Mohammad Zulkifli bin Zulkarnain
3. Muhammad Hamsah bin Abdul Rasa
4. Mohammad Ikhwan bin Mohd Jikal

Keputusan Pertandingan

Tempat Pertama : SK Tagasan
Tempat Kedua : SK Terusan Tengah
Tempat Ketiga : SK Tanjung Kapor







    
Comments
0 Comments

0 komen: